Wednesday, 13 July 2011

SEKITAR KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2011 SK HAJI HUSSAIN,SIK KEDAH



Barisan pentadbir sekolah
 


GURU CEMERLANG LAHIRKAN ANAK DIDIK GEMILANG

GOLONGAN ilmuan adalah salah satu aset yang sangat berharga kepada negara. Peranan mereka menjadi tanggungjawab yang sangat penting, bagi memenuhi hasrat kerajaan dan rakyat negara kita, untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing.
Mendidik manusia yang berilmu bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ia memerlukan usaha yang berterusan. Oleh itu sewajarnyalah guru diberi penghormatan yang tinggi, sebagaimana firman Allah SWT:
Bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan (Allah meninggikan) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.” (Surah Al-Mujaadah, ayat 11)

APLIKASI ‘E-LEARNING’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SINOPSIS
 Kajian ini meninjau tentang aplikasi ‘e-learning’ dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia. Kertas ini bermula dengan memberikan definisi tentang ‘e-learning’ serta perbandingan antara pembelajaran tradisional dan pembelajaran ‘e-learning’. Ia memberikan rasional kenapa ‘e-learning’ perlu dilaksanakan secepat mungkin di sekolah-sekolah di Malaysia.  Empat faktor utama yang perlu dipertimbangkan sewaktu memilih dan menilai bahan ‘e-learning’ juga disentuh. Cabaran dalam pelaksanaan ‘e-learning’ dan strategi pelaksanaannya di dalam bilik darjah turut juga dibincang. Sebagai kesimpulan, kertas ini mencadangkan beberapa sumber bahan ‘e-learning’ yang dapat digunakan di semua sekolah di Malaysia. 
Untuk bacaan seterusnya sila klik link di bawah..
http://file.upi.edu/Direktori/FIP/JUR._PEND._LUAR_SEKOLAH/194704171973032-MULIATI_PURWASASMITA/APLIKASI_E-LEARNING_DALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_DI_SEK.pdf

Wednesday, 15 June 2011

BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN BLOG

EMPAT LANGKAH MUDAH UNTUK MENGHASILKAN BLOG


PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN MUZIK

PENGENALAN
Penggunaan teknologi telah mengubahkan persepsi dan pendekatan pendidikan muzik. Penggunaan perisian muzik merupakan alat yang amat memang cukup sesuai digunakan sebagai alat bantuan pengajaran muzik . Perisian muzik yang boleh didapati pada hari ini sungguh mengkagumkan dari segi bilangan jenis serta kualitinya. Ruang untuk perkembangan dan penyelidikan lanjut masih terbuka luas. Para guru  harus mengatasi segala perasaan was-was terhadap penggunaan perisian muzik sebab mahu ataupun tidak ia merupakan sebahagian dari masa depan kita semua.